About The Author

This is a sample info about the author. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis.

Get The Latest News

Sign up to receive latest news

Sunday, August 10, 2008

Tangisan Seorang Lelaki

`Hampir ku tangisinya ya Allah. Tidak! Sekali-kali tidak, aku tidak akan benarkan tangisan ini ditumpahkan lagi. Cukuplah ia pernah berderai dahulu,tidak lagi sekarang ,mata ini juga perlukan kerehatan. Benar, sukar sekali mata seorang lelaki untuk menangisi sesuatu ya Rahman. Apatah untuk meratapi sesuatu dihadapan manusia .Kerana diri ini tetap seorang lelaki ,yang punyai egonya sendiri.’’

``Namun wahai Tuhanku,aku tidak mampu mengalah dari pinta hati ini ya Allah. Hanya engkau dan aku yang mengetahui kesakitan ,jerit tawa,senyumnya,dukanya dan pilunya Ya Allah. Oleh kerana engkau sahaja yang membelai hati ini wahai Pemilik hati, izinkan aku adukan padamu kesakitan hati ini.’’

Tuhan,aku kehilangan…
Diari hambamu
********************************************************
Saat kau disisi,aku tersenyum ,malah tiada senyuman semanis ini dpt aku ukirkan selain diwaktu disisimu,walau ia bukanlah terukir dibibir ini ,namun ku merasai kemanisannya. Sungguh! Di dasar hati yang tidak pernah diketahui oleh sesiapa melainkan aku dan Dia. Tika itu kau membelai-belai jiwa ini ,bahkan kau genggam hati ini agar ia tidak berbolak balik lagi. Aku merasai kenikmatanya. Dunia ini tiada apa bagiku bila kau disisi. Hari-hari ku penuh dengan kebahagian walaupun tika itu aku ditekan ,aku dicerca dan aku dihina. Tapi kau pun tahu,selagi kau disisi,semua itu tidak bererti bagiku..Tapi,itu dulu..

Ingatkah kau di malam itu? Aku termenung,lembaran langsir ku buka dan ku tatapi wajah bulan. Ku tatapi wajah bintang.

‘Hei bulan..tidakkah kau pernah menangis? Tidakkah kau pernah bersedih? Tidakkah pernah berasa sengsara menanggung derita?
‘Hei bintang..kan best kalau aku jadi kau. Tiada duka,tiada sensara ..Pasti hidup kau gembira kan?..’
Namun bulan dan bintang membisu..aku pun turut membisu dan kau juga terus membisu waktu itu sambil memandangku penuh sayu..malangnya,kelibat dirimu kabur dimataku detik itu..

Untukmu,
Tahukah engkau, aku merindukan sesuatu.Aku terasa kekosongan dalam diriku.Setiap langkahku menuju ke university longlai, renungan ku di papan putih semuanya pura-pura, sedangkan fikiranku entah melayang ke mana. Aku memujuk jiwaku agar memberikan haknya kepada seluruh pancainderaku. Namun ku tidak mampu. Aku rindu..Aku rindukan dirimu..Rindukan belaian mu..
Memang benar,aku akui ini semua salahku,semua ini berpunca dari diriku yang hina ini. Aku tidak pernah memberikan yang terbaik untukmu. Dulu aku bersungguh-sungguh ingin mendapatkan mu. Aku tahu sahabat-sahabat ku juga berusaha untuk mendapatkan dirimu.Untuk dirimu yang berharga,ku korbankan segala galanya. Harta,tenaga dan jiwa,semua adalah untukmu..kerana aku sgt sayangkanmu..

Aku juga teringat akan peristiwa-peristiwa kita dahulu..

Merisik
Waktu itu kusingkapi tirai hidupmu,aku ingin mengenali siapakah dirimu sebenarnya,tempat tinggalmu,keluargamu,teman-temanmu..Aku bertanyakan pada sahabat-sahabatku yang pernah mengenalimu.Mereka juga ingin mengenalimu dirimu. Peliknya,aku gembira kerana mereka juga seperti aku. Benarlah,dirimu umpama mutiara yang tersimpan didasar lautan. Perlu diselam ,perlu tenggelam. Siapa yang lebih mendambakanmu,pasti berusaha kearah itu. Aku ingin menjadi salah seorang darinya.

Meminang
Setelah itu, aku yakin…Aku pasti..kau tercipta untukku. Alhamdulillah,pinanganku diterima olehmu. Aku mulai merasai kebahagiannya. Tidak sabar ingin menjadikan dirimu teman hidupku. Teman yang akan memegang hati kecilku tika ku jatuh,teman yang akan mengingatkan ku pada bila saat aku perlukanmu.

itu semua dulu..
Tapi bila berlalunya waktu, dalam tidak ku sedari aku tidak lagi menyayangimu, tidak lagi membelaimu, tidak lagi bertanyakan khabarmu..Bahkan tidak lagi memberikan semangat dan kekuatan padamu seperti dulu di waktu kau menerima pinanganku. Hajatku untuk menjadikan kau teman hidupku pudar begitu sahaja. Segala persiapan dan perancangan hanya tinggal sebuah dongengan. Malah,hinanya diri ini, aku tidak mendengar setiap teguranmu, bahkan kadang-kadang aku memarahi dirimu yang suci itu. Sehingga aku merasakan kau tidak lagi perlu disisiku. Kau hanyalah burung yang singgah dikamar hatiku tika musimnya. Bila tiba waktunya, aku perlukanmu,tapi bila musimnya berlalu,engkau ku halau dari menganggu di diari hidupku. Entah berapa kali agaknya jiwamu dirobek-robek oleh kelakuan sang binatang sepertiku. Seringkali juga aku rasai yang kau ingin lagi menyentuh hati ini,kau ingin menyintai hati ini. Tapi,seringkali juga aku menjadi api,menjauhi dan terus menjauhi..

Kini,kau pergi..

‘IMAN,berilah aku sekali lagi peluang melamarmu,
Aku perlukanmu ,aku rindukanmu.
Sudikah kau menjadi teman hidupku?
Untuk selama-lamanya?’


»»  read more
»»  read more
م): عَلَى الصِّيَامِ وَالْقِيَامِ وَحِفْظِ اللِّسَانِ وَغَضِّ الْبَصَرِ، وَلاَ تَجْعَلْ حَظَّنَا مِنْهُ الْجُوعَ وَالْعَطَش

Ya Allah, berkahi kami di bulan Rajab dan Sya’ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan. Bantulah kami untuk melaksanakan puasa, melakukan shalat malam, menjaga lisan dan memelihara pandangan; dan jangan jadikan puasa kami hanya sekedar lapar dan dahaga.

(Kitab Mafatihul Jinan)
»»  read more

Bingkisan Hati Buatmu Insan yang Istimewa.

Alhamdulillah, akhirnya Allah ketemukan juga dgn insan pilihan.. dua jiwa akan disatukan insyaAllah... membina BAITULMUSLIM di awal usia.. doakan smg Allah kekalkan kebahagiaan selamanya.. Amiin..
Insyaallah, semoga ikatan yang bakal dibina akan berkekalan hendaknya dan mendapat keredhaan Yang Maha Pencipta...


»»  read more

Saturday, August 9, 2008

Pendahuluan


Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraisy pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Fadhilat Syaaban

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

  • Memperbanyakkan puasa sunat, Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

    Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

  • Bertaubat: Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
»»  read more